Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 24 Mei 2010

Trip 2 - Taman Nasional Gunung Merapi

Still not inn the mood tapi sebab gambar tak banyak, boleh lah komen sikit2....

Sampai di Prambanan dah lewat Asar. Jadi dengan keadaan selepas hujan dengan jalan basah, kami digoda dengan belon sabun besar oleh penjual belon air sabun... dengan saiz belon yang besar2.... Buat gaya jakun lalu meneruskan perjalanan. Ni ha nama hutannya... Masuk kena bayar sorang 2 ribu rupiah. Org lain semua tak bayar kecuali aku. Yalah, aku kan bendahari tak bertauliah depa. Miahaha! Padahal bayaq guna duit depa jugak.... Hehe..

Lepas solat, meneruskan perjalanan dan konon nak bergambar kat papan tanda ni tapi sayang, kamera ni lensenya sudah rosak..maka terkelabulah ia....

Maju lagi ke hadapan dah nampak air terjun. Amik gambar lagi... pon masih kelabu tapi mujur dari jauh.... Tetiba ujan turun, maka aku tak sempat nak g kat air terjun tu, terus cari pondok untuk berteduh..... Tak lama berlindung, dengar pengumuman dari pegawai kat situ suruh semua pengunjung keluar...bergerak la kami keluar dalam hujan. Sib baik aku ada topi ajaib...haha...

Sampai kat luar, aku nampak satu kedai makan... tengok sign dia ni,
TAMU HARAP LAPAR.... maksudnya kalau pengunjung lapar, jadi leh makan kat situ kan. So punny! Tapi takleh lawan kat Kolam Memancing Tau Foo kat Kundang!

Aku beli emping belinjo kat situ, tapi tetiba terpandang ini.... SCARY oooi!!!! Sate kelinci...ngeri tengok arnab tu tergantung tanpa kulit... lantas bertekad, tidak akan makan sate arnab..hehe..Lepas tu kami terus pulang..... pulang ke pangkal jalan..hehe..

Jumpa lagi nanti, bubye!

1 ulasan:

Kakasma berkata...

salam fida,ngeri tengok patung2 tuh..heee kalau akak kan tak pegi situ..seriau ler..tapi cantik pemandangan kat situkan...wah penuh kenangan lepas niekan

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails