Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 31 Mei 2010

Last Day @ Jogjakarta

Hmmm...sori la pasal lewat publish cerita hari last nih.
Dah sampai umah ni malas banyak... hehehe...

Cerita hari terakhir bermula dengan bersarapan beramai2
dengan rakan2 buat kali terakhir
sebelum aku kembali ke Malaysia... Happy dan ceria jer masing2...Kemudian, semua pakat p bilik aku
dok melepak nak amik itu ini la dari laptop aku. Ada yang kesedihan..ada yang ceria2 pasal depa pun nak balik jumpa yang tersayang jugak kan....

Ohoo...yang sedeh ini Pak Baryadi, datang ke bilik aku nangis2 mintak ampun maaf
dan ucap terima kasih. Sedeh wooo....
Kami panggil dia papa kerana katanya kami sebaya ank2 dia jer...
owh...papa suaramu sungguh menawan bila karaoke...haha...tetiba..
karaoke dalam bas yer, beliau peminat Broery....

Tibalah masa untuk meninggalkan teman2..sedeh tau masa ni pasal tak sempat nak babai2 pasal
drebar nak cepat pekejadah tak tau... dan kemudian sampai airport aku ditinggalkan tercengang2
dengan troli man yang budus jugak!
Seb baik tak lama lepas tu kengkawan aku sampai...lega sangat...

walau sebenarnya sedih sebab nanti nak tinggalkan depa jugak...huhu...
pastuh salan info gmana ntah aku disuruh g ke imegresen kat luar airpot..
seb baik kawan2 sanggup temankan,
berjalanlah kami berbondong-bondong macam pendatang..haha..memang pendatang pun..hehe...

Rupa2nya imegresen kat luar tutop dan dengan amarah
kami kembali ke airport.

Tapi tak lama lepas tu hati aku sikit sejuk
sebab dapat capture gambar ni.... Last posing sebelum aku masuk ke ruang menunggu....Ruang menunggu yang betul2 dihadapan tempat kapal terbang..haha.. kecik jer airport sini.....
Aku kat seat aku... Jogja dari atas.... Dan guess what?
Ada pramugari cantik ... walau pun hitam tapi tetap manis...
dan hidungmu menawan kalbu....

dan ada seorang pramugara KACAKKK!!!!
I was like....owh!~~ Pengsan bila dia paksa2 aku minum orange jus....
Sampai 2 cawan aku bedal kerana tak mampu nak menolaknya...
Ecehceh...salahkan pramugara padahall
jakun nak minum...miahaha! Pramugara kacak tersebut juga telah menghulurkan
lunch box kepada aku dan
sangat suka pasal ada sayur dan ikan asam pedas yang super lazat... yang lain2 aku bawak balik bagi anak2 aku...still on DIET!!!!!

Selesai makan, ada lagi sejam sebelum sampai
dapatlah aku menikmati pemandangan... dan bila sampai terasa sangat canggih KLIA
tak payah bertangga-tangga bagai, terus sampai jer...GOOD JOB!!! Haha!

Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak aku ke tanah air yang kucinta....
hehe.... Jumpa lagi nanti...
Wassalam.

p/s: Lupa nak citer pramugara kacak tu tegur
aku sebelum turun bertanyakan kamera aku
Him ="500D ker?"
Aku = "taklah 1000D jer"...
Him = "oklah tu..." sambil senyum...
dan terdengar cik pramugari berdehem
Aku = wahhhhh!!!!(dalam hati!)


Farewell Party

Selepas closing, kami terus ke dining room untuk menikmati hidangan barbeque. Sedapnya, akhirnya dapat makan sotong yang aku idam-idamkan. Tapi bila makan aku macam nak munt..... sebab half-cooked. Aku pon apa lagi, g la keluar tempat depa dok panggang bagai suruh buat bagi well done untuk aku.

Ini pose aku dengan ex-roomate, Fantha dari Laos....Walaupun malam tu cuma biasa2 saja tapi memang akan kami ingat la, ada orang menyanyi dan menari, game yang pelbagai...dan juga nyanyian khusus yang hampir membuat air mataku tumpah kerana kemerduan suara beliau...owh!~~~ Kami terhibur bila dihidangkan dengan tayangan video aksi2 kami sepanjang trip2 kami, gaya tidur yang memang kelakar habis.... ini game terakhir sebelum penutup... dan akhir sekali aku dan Dr Ida..huwaaa!!!! Nangis!!!! Tamat sudah course ini......


The Closing Ceremony

Majlis bermula dengan ucapan aku sebagai Vice President... tak tau kenapa depa lantik aku padahal muka aku kan menyombong manjang... kendian ucapan ketua comittee, Dr. Ida yang mengumumkan 5 peserta terbaik dalam pencapaian yang mana aku tak dapat pasal aku bukan boleh sangat matematik kan.... tetapi rupanya terpilih juga sebagai peserta paling digemari... aku konpius mengapa emreka menyukai aku, sebab aku kan garang, dan masih mengekalkan sipat samseng kuat gadoh... haha...

lepas tu ada ucapan penutupan oleh Pengarah QITEP. Closing dia guna tukul tu la, diketuknya lima kali..

dan simboliknya beliau menanggalkan tag nama kitaorang..... kemudian apa lagi posing time...
beramai2...aku dan Dr Ida.... my photographer...

Me n En Fadjar Shadiq... thanks sebab sudi bawak aku soping last menet...
rasa close ngan beliau kerana katanya
muka aku seiras muka anknya....

Ms Puji... ni antara fasi yang jadi geng aku jugak ni...
sebab sanggup teman aku...
terima kasih banyak2....

Bergambar, bergambar lagi sampai kami diarahkan mengambil sesuatu di sini... balik bilik, aku amik gambar semua yang aku dapat...sijil dan segalanya, terima kasih.....


Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails